Sunday, January 23, 2011

Rinduuunyerrr Ayat-ayat Cinta !!!

Ramai rsenye yg meminati ayat2 cinta...
novel n movie dua2 pon best !!
(walaupon novel n movie x de la btol2 sme... ade yg lain dgn jln citenye sbb time wat movie tu habiburrahman x de skali...)
honestly, sy pon sgt mnt dua2 novel n filem ayat2 cinta...
dh lme sh x tngk movie n bace novel nih...
rinduuunyerrr...


ade gak rse cm nk tngk je movie tu skrg..
ye la, kemudahan skrg ni kn dh mudah... (eh, pelik je ayt nih.. ahh, x pe laa...huk3)
tngk je kt tnet... sumenye ade d hujung jari anda !!
tp keadaan tnet kt umah ni mmg agak mnyakitkn ati...
mne x nye, loading mcm siput...
x jln2 pon... tnggu pnye tnggu pnye tnggu...
smpai sudah x abes loading...haisshhh~
di hati ini hanya Tuhan yg tahu... (eh, x psl2 msk lagu unic daaa)
mmg bengang dibuatnye !!!!
so, trpkse la sy batalkn saje niat nk tngk movie kt tnet..
sdngkn tnggu lagu abes loading pon harapan, apalagi tnggu movie...
hrp la ade org yg ade movie ni kt pendrive, bleh la send n dpt la tngk dgn senang atiiiiiiii...kui3 ;P


kalo novel plk, niat di hati mmg nk sgt bace...
tp novelnye plk xde dpn mata...
nk bli, bajetku masih blom mngizinkn daku brbuat demikian rupa... (ceh, bhs dh ala2 sastera gituh...kui3)
tp kalo dpt pon, rsenye x leh bace skrg...
bkn ape, taun ni sy kene brperang utk exam pmr...
kalo bleh nk focus lbh skt laaa kn...
mne x nye, sy ni jenis yg bace novel lme,
ps2 kalo bace novel 2, asyik nk m'gadap je laa jwbnyerr...
lgpon, kalo bace lps abes pmr lg la sonok kn...
mse tu tgh free... x de keje...
lg feel org gituuhhh...hiihiiii
kalo bleh insya Allah, sy bli trus je novel nih...
tu pon kalo ade rezeki laaa...hehhheheee


rumusannye... (ceh cm krngn bm daa bunyiknye...kui3 ;P)
sy hrp dpt bace novel n tngk filem ayat2 cinta dlm mse trdkt nih...
kalo x rndu2an la dibuatmnyerr...kui3 ;P
sjk kblkngn ni asyik trnyanyi2 je lagu2 kt cite ayat2 cinta tuh...weeee~
klaka plk rse ble wat posting cmnih...huwaahhaaha~
tp x pe la eaa, sy suke2 jek nih...
bosan2...hehe
jgn mrh eaaaa...


Thursday, January 13, 2011

Mewajibkan ‘Forward’ Sms, Email dan Surat Berantai

Sudah terlalu kerap. Malah selayaknya dibuat satu amalan khas kepada budaya umat Islam untuk meng’forward’kan sms, email dan surat yang mempunyai elemen agama .

“Sila sebarkan SMS ini. Kalau tidak kamu akan ditimpa bencana daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala.”

“Jika anda mahukan kejayaan yang akan dikurniakan Allah SWT maka jangan tunggu lama-lama untuk forward kan email ini kepada 20 orang. Sudah pasti akan datang ganjaran tanpa anda duga”

Ayat-ayat sedemikian telah membuatkan kita berasa ragu-ragu untuk tidak melakukan apa yang diugut oleh orang yang menghantar sms dan email itu kepada kita. Malah kita kononnya beranggapan mungkin rezeki yang dikurniakan Allah SWT sepatutnya dilaburkan kepada usaha penyebaran maklumat agama ini. Apatah lagi email yang tidak mengurangkan walau sesen pun duit poket kita.

Ada juga surat berantai yang kadang diterima kononnya dari pemegang anak kunci makam Rasulullah SAW. Ada yang dinamakan dengan Syeikh Ahmad. Ada yang dinamakan dengan Syeikh Omar. Namun setelah ditanya kepada penduduk Madinah berkenaan orang ini maka mereka secara terus menerus menyangkal dakwaan ini. Penduduk Madinah sendiri tidak pernah mengenali nama orang tersebut. Ini merupakan satu pembohongan. Perkara ini juga telah dinyatakan secara khusus di dalam bab akidah oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi didalam kitab Fatawa Muasarah beliau.

Perkara yang dipertikaikan adalah bagaimana mereka boleh membuat satu jaminan kebahagiaan (pahala) dan jaminan ‘bala’ atau bencana jika tidak menyebarkan petikan tersebut. Secara ringkasnya disini, saya simpulkan mengapa ianya berbahaya kepada agama dan perlu dikikis dari budaya remaja kita yang bergelumang dengan teknologi. Walaupun mereka ini bersemangat dalam beragama, namun semangat sama sekali tidak di’halal Jakim’kan sekiranya ia melanggar disiplin keilmuan Islam.

1) Menafikan Kesempurnaan dalam Agama Islam

Didalam surat berantai, Sms dakwah, email islamik yang mempunyai dakwaan dan amaran yang bukan berasal dari al-Quran dan as-Sunnah. Ini menggambarkan seolah-olah agama Islam itu belum sempurna dan memerlukan kesempurnaan lain dengan amaran dan dakwaan daripada manusia lain selepas kewafatan Nabi SAW. Didalam surah al-Maidah : 3 : Bermaksud :

Pada hari ini telah Aku sempurnakan kepada kamu agamamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu ke atas kamu, dan Aku telah redha Islam itu sebagai agama kami”.

2) Mewajibkan dan mengharamkan sesuatu yang tidak datangnya daripada al-Quran dan Sunnah.

Ini seolah-olah kita mewajibkan dan mengharamkan sesuatu yang tidak pernah disuruh di dalam agama. “Jika anda tidak menyebarkan maklumat ini maka anda akan mendapat musibah”. Siapakah kita dalam mewajibkan dan mengharamkan? Firman Allah dalam Surah an-Nahl : 116 , bermaksud :

“ Dan janganlah kalian mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidah kalian secara dusta, “Ini halal dan ini haram”, untuk mengadakan pembohongan terhadap Allah SWT. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidak akan beruntung.”

3) Adakah kita ‘sang pencipta’ syariat yang baru?

Sebahagian sms dan email yang menjadikan emailnya merupakan suatu ketentuan hukum. Malah boleh pula kita menetapkan bilangan tertentu untuk di’forward’. Sebagai contoh, “anda dikehendaki menyebarkan mesej ini kepada 20 orang yang anda kenali seminggu selepas anda mendapat maklumat ini”. Bukankah kita seolah-olah menjadikan diri kita ini seperti ‘sang pencipta’ syariat yang baru. Firman Allah SWT di dalam surah al-Syura : 21 yang bermaksud :

“Apakah mereka mempunyai sembahan selain Allah yang menetapkan aturan agama bagi mereka yang tidak diizinkan (diredhai) oleh Allah?”

4) Tidak mengenal pasti siapakah penyebar maklumat

Islam mementingkan persoalan maklumat yang disampaikan. Ia tidak menerima secara semberono siapa sahaja yang bercakap tanpa alasan yang jelas. Namun setiap dakwaan itu memerlukan hujjah dan dalil. Tambahan pula ianya berkait rapat dengan agama. Sebab itu Ahli Sunnah menjadikan ( al-Tathabbut) atau membuat kepastian dalam sesuatu fakta adalah asas dalam pengambilan sesuatu maklumat, atau menghukum orang lain. Tujuannya agar agama tidak ditokok tambahkan. Firman Allah SWT didalam surah al-Hujurat : 6 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepadamu seorang fasiq membawa sesuatu berita maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum ( dengan perkara yang tidak diingini ) dengans ebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.”

Disebabkan itu Ulama tabi’in Muhammad Ibn Sirin (w110) berkata : “Sesungguhnya ilmu ini (mengenai al-Quran dan al-Sunnah adalah din ( agama).Oleh itu perhatilah daripada siapa kamu mengambil agama kamu”.

Sebenarnya budaya ini bukanlah budaya yang baik bagi seorang yang bergelar ‘orang teknologi’. Orang yang berteknologi sepatutnya adalah merupakan orang yang paling mengetahui selok-belok pembohongan dalam dunia internet. Namun sayangnya remaja yang bijak dengan dunia teknologi maklumat ini tumpas dan tewas apabila pembohongan itu datangnya dari email atau sms berbentuk agama. Kita takuti hasil sebaran kita kepada rakan yang lain menjebakkan diri kita ke atas pendustaan kepada Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam.

Ingat!!!..bohong, tipu dan ‘awta’ member-member boleh dikira ok lagi. Namun berbeza bila kita berbohong atas nama Nabi SAW. Jelas dalam hadis mutawatir yang bermaksud :

“Sesungguhnya berdusta keatasku ( menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain ( menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta keatasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya di dalam neraka.

5) Asalkan berita agama sahaja kita sebarkan.

Nampak sahaja macam keratan agama kita sebarkan. Bukankah orang yang berkualiti adalah orang yang mempunyai ‘filter’ dalam setiap ceritanya. Kekadang semangat dan kesungguhan kita untuk berdakwah melalui medium teknologi sesuatu yang boleh dibanggakan. Dan inilah peluang kita berdakwah. Namun, harus diingat dakwah juga memerlukan disiplinnya. Imam Muslim dalam muqaddimah kitab Sahihnya menerangkan :

“ Cukuplah sesorang itu dikira berdusta dengan dia menceritakan setiap cerita yang ia dengari”.

Disebabkan itulah para ulama amat melarang menceritakan dan menyampaikan sesuatu maklumat tanpa menyelidikinya. Antaranya Imam Malik bin Anas menyebut :

“ Ketahuilah, tidak selamat seseorang yang menceritakan setiap apa yang dia dengari, dan sesorang tidak menjadi Imam ( pimpinan) sama sekali apabila menceritakan setiap yang dia dengar.”

6) Menilai logika isi kandungan email dan sms

Kekadang kita mampu berfikir secara logik dan mampu mempertikaikan isu-isu agama yang bersifat ta’abbudi. Namun, dalam isu ini kita seolah-olah terpukau dengan penceritaan dan ganjaran beserta ancaman dari sms dan email yang sampai kepada kita. Kalau dilihat secara logik pun kita mampu untuk mengetahui ‘keajaiban’ dan ke’misteri’an cerita yang sampai kepada kita dari sudut logiknya.

Dalam ilmu hadis terdapat kaedah Naqd al-Mutun atau dipanggil mengkritik teks. Iaitu melihat sejauhmana kebenaran boleh dipercayai daripada sesuatu teks. Ini dengan cara membandingkan teks tersebut dengan al-Quran atau al-Sunnah dan sejarah yang boleh dipegang dengan akal yang waras. Imam Ibn Jauzi (w 597) berkata :

“Apabila engkau melihat sesbuah hadith menyanggahi logic, menyalahi manqul ( al-Quran ) dan bertentangan dengan usul-usul Islam, maka ketahui ianya hadith yang palsu”.

7) Orang lain sebar anda turut berdosa

Apabila kita melakukan sesuatu yang benar-benar sunnah. Lalu kita menyebarkannya, maka pahala yang diperolehi sama seperti orang yang mengamalkannya. Samalah juga apabila kita melakukan sesuatu perbuatan dosa akibat menyebarkan sms dan email palsu, lalu diikuti oleh orang lain, maka samalah dosa mereka dengan kita.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Sesiapa yang melaksanakan suatu sunnah hasanah, maka baginya pahala dari perbuatan tersebut dan pahala orang-orang yang beramal dengannya tanpa berkurangan sesuatu pun dari pahala-pahala mereka. Dan sesiapa yang melaksanakan dalam Islam suatu sunnah yang tidak baik (sayyia’ah) maka diatasnya dosa perbuatan itu dan dosa orang yang beramal dengannya tanpa berkurangan sedikitpun. ( Hadis Sahih Muslim )

8) Kami buat ini atas maksud dakwah. Bukankah ianya sesuatu yang baik?

Para sahabat RA sentiasa berpegang dengan prinsip ‘Lau kaana khairan lasabaquuna’. Bermaksud ‘sekiranya ianya perbuatan baik, maka sudah pasti kami mendahuluinya’. Mereka golongan yang teramat pantas melakukan kebaikan. Kerja dakwah mereka dijual beli dengan harta dan nyawa. Namun, mereka sama sekali tidak melakukan perkara yang bukan dari al-Quran dan Sunnah walaupun ianya dianggap baik.

Buat remaja yang bersemangat dalam menggabungkan teknologi maklumat dan urusan dakwah. Marilah kita sama-sama merenung kata-kata Imam Ibn Jauzi dalam kitab beliau berjudul Talbis Iblis terhadap golongan yang suka dan seronok menyebarkan cerita-cerita yang jauh dari disiplin ilmu. Katanya :

“Orang ramai tidak lagi sibuk dengan ilmu, sebaliknya berpaling kepada cerita-cerita dan perkara yang diminati oleh orang jahil. Maka timbullah bidaah dalam bidang ini….dalam kalangan mereka ada yang memalsukan hadis-hadis dalam at-targhib (menggalakkan ibadah) dan at-Tarhib ( menakutkan orang ramai kepada maksiat). “ Iblis menipu mereka dengan mengatakan “ Tujuan kami adalah untuk menggalakkan orang ramai kepada kebaikan dan menghalang mereka daripada kejahatan. Ini adalah penambahan mereka terhadap syariat. Justeru, dengan perbuatan ini, syariat pada sisi mereka adalah cacat dan berhajatkan kepada penyempurnaan”. Mereka lupa sabda Nabi SAW : Sesiapa yang berdusta keatasku dengan sengaja maka siaplah tempat duduknya di dalam neraka.” ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, hlm 143, Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.)

Penulisan ini bukanlah mengkritik sesiapa, sekiranya ia hanya menyuruh rakan-rakan lain men’forward’kan sms dan email dakwah atas tujuan kepentingan dakwah. Tetapi yang dikritik adalah apabila ia menyatakan ganjaran dan habuan serta amaran berlakunya musibah terhadap perbuatan ‘forward’ tersebut.

Ayuh bersama kita menjadi pendakwah dalam dunia teknologi berdasarkan ilmu. Kerana ilmu itu pagar bagi orang yang bersemangat. Saya juga memohon kemaafan dari Allah SWT sekiranya berlaku keterlanjuran dalam menyebarkan dakwah agama ini.

copied from here...

Tuesday, January 11, 2011

Isu Panas!

Bagi yang sedang bercinta / jatuh hati pada seseorang tapi xmampu nak berkahwin, tolonglah bace yee… (Isu panazzz…) hehe..

by Hafizul Sobrie on Friday, December 31, 2010 at 10:46am



1. Saya da jatuh hati kat die la… camne lak ni?

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”.
Surah An-Nur: 32

"Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”
.
Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas

“Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”. Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar

2. Tapi saya x cukup duit laaaa nak kawin…. Huhu

"Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya”.
Surah An-Nur : 33

Rasulullah S.A.W bersabda : “Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.

3. Memang saya xcukup duit / xmampu nak kahwin, tapi kalau saya diam je, nanti kena “kebas” lak ngn org lain.…

Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa." Surah Al-A’raf : 128

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa” Surah Al-Hajj : 40

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.
Surah Alam Nasyrah : 5-6

Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.


Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sbg jodoh kamu..


4. Tapi saya da syok kat dia.. I can’t live without him/her..


“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.
Surah An-Nur : 30

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”.
Surah Al-Jatsiyah : 18

“Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”.
Riwayat Bukhari

5. Ala.. saya bercinta bukan slalu pon dapat jumpa dia.. dia duduk jauh.. ktorang xpenah pon berdua-duaan…


“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”.
Surah Al-Isra : 32

“Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.
Musnad Ahmad

“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”
.
Riwayat Bukhari Muslim

6. Tapi saya bukan hensem/ lawa mana pun, saya pun risau saya xde jodoh.. saya rasa cuma dia seorang je yang boleh terima saya..


“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”.
Surah Yasin : 36

“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”.
Surah Az-Zukhruf : 12

“Di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”.
Surah Ar-Rum : 21

7. Rasa macam susah jek nak cari jodoh.. give up lah saya camni!

Abdullah Ibnu MAs’ud pernah berkata : “Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang”.

Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda :
“Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”. Riwayat Ibnu Majah.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”. Riwayat Abu Mansur Al-Dailami

Kesimpulan :



Cinta itu fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alas an untuk kita bercinta tanpa batasan. Kalau mampu, segera lah berkahwin. Kalau x mampu? Tahanlah nafsu! Memang sedih tidak dapat bersama orang yang kita cintai / cinta tak berbalas, tapi lagi malang jika Allah tidak menyintai kita sebagaimana Allah menyintai para hamba-Nya yang betaqwa. Silap2 kita masuk Neraka-Nya dek kerana cinta nafsu kita!

Jika kita menjaga hubungan dan menolong agama Allah, PASTI & PASTI Allah jadikan dunia tunduk pada kita.. Salafusoleh telah pun berjaya, KENAPA KITA PULA TIDAK BOLEH BERJAYA SPT MEREKA?


selawat~

copied fom here...

Sunday, January 9, 2011

Girls Day-out MUSLIMAT K.T.I. at Bukit Cherakah, Shah Alam

tarikh: 9 Jan 2011

hari ni penat + seronok sbb outing... enjoy sungguh~ walau cmne pon, skrg k'pntn tu still x ilang2 lg... tp berbaloi la penat2 pon kalo seronok kn?? mule2 outing ktorg ni ade dlm lbh kurang 9 org cmtu la yg nak join. tp last2 minit, rmai plk yg x dpt join... jd akhirnye, hanya ktorg b'5 je la join...heheheee



Firstly, ktorg brangkt dr rumah lbh kurang kol 7 pg lbh skit laa... dr KL Sentral ktorg travel ke Padang Jawa via KTM... hurmm~ ade 1 mnde yg sy x puas ati psl KTM nih... psl lelaki ni ha, x kn la tulisan "coach for ladies only" tu x ckup jelas utk mnyatakn yg ruangn tu hnya utk pmpuan saje. x ckup jelas ke?? ade yg plg x senonoh tu, ade couple org inggeris tu buat adegan2 'sweet' diorg yg x sdap mata m'mndng plk kt KTM coach pmpuan tu... sngguh sakit hati yg m'lihat ni... astagfirullah al'adzim...


setibenye kak huda n kak azi jmput ktorg dr Padang Jawa, x lme lps tu, smpai la ktorg ke destinasi yg d'nnti2 iaitu Bukit Cherakah, Shah Alam... yeayyy!! then, ktorg msk dgn byrnnye yg sbnyk RM3 seorg. mule2 tu nk sewa basikal, tp pnye la rmai org yg bratur pnjng nk sewa basikal tu... so, ktorg wat keputusan utk jln kaki saje...yiihaaa! slmt la kakikuuuu.... actually, slmt jgk sbnrnye sbb x yah la naik basikal kn... ok la, honestly sy x reti naik basikal... maluuuunyerrrr~


destinasi prtama ktorg ialah Taman Haiwan... mule2 tu trcari jek mne la haiwan2 nye nih?? tp akhirnye nmpk la ayam kt situ... ps2, trserempak plk ngn buruk kakak tua comel putih bersih yg pemalu kt situ... masih muda lg sbnrnye burung tu... cume nme die je burung kakak tua...huhuhuuu. kak azi la yg plg excited bertegur sapa dgn burung mude tuh...wakakakaka~ (kak azi jgn mrh eaa...)


then, ktorg jmpe plk dgn landak bergigi emas yg bleh wat iklan colgate... gigi yg mnggodaaaa~huk3. pstu, ade jgk sumpah2 yg sopan kt situ. ade sekor jek... die dok diam jek. x gerak sgt... tu psl sy kate sopan tu... horma tetamu gituh lorhh~ ha, lps tu ktorg singgah plk kt kandang kuda. mule2 tu, sy dok jauh2 je sbb x snggup mnghidu aroma taik kuda yg m'nusuk kalbu, tp akhirnye daku gagahkn jua utk brtemu dgn si kuda pujaan hati...(ceh, ade jiwang karat ngn kuda??? adehh~) skali lg, kak azi jgk la yg plg excited pegang2 kuda tu. smpai bau kuda tu lekat sudaaaaa....



peluh pun dh smakin mmbanjir... jd ktorg pon cari 1 pondok comel n dok mkn2 kt situ... sodapp mknn yg dijamah... thanx kak azi utk spagetti mskn kak azi yg sodapp sngguh n kak huda jgk sbb blnje ktorg nasi lemak... jasamu dikenang dlm sanubari...cewahh~ spnjng ktorg mkn kt situ, rmai btol org yg lalu dok ngusik2 ktorg... ktorg tau sbnrnye diorg tu lpr n niat d hati tu nak mntk skit kn?? alaa, nk base basi la tuuu...hahahaha


lps mkn, tibe la msenye utk ke tmpt yg d'nnti2 iaitu Taman Iklim Sederhana 4 Musim...horayyy!! mule je jejak kaki dlm tu, terasa 1 bdn menggigil. mne x nye, suhu kt situ -7... sejukknyerrrr~ apalagi, pngalaman bru cenggitu xkn la nk biar je... ktorg msti la x lpskn peluang br'photoshoot' abes kt situ... first time dpt rse salji... syoknyerrr~huhuhuuuu

mse mmg mncemburui... lps dr taman iklim sederhana 4 musim, ktorg pon brtolak utk balik... smpat jgk ktorg ronda2 UiTM jap(dr dlm kete laa) first time msk UiTM...huhuhu. ari tu, ronda2 UIA pon dr dlm kete cmni gak... smoga lps ni dpt ronda gune kaki plk...huhuuu.

papepon, walaupon cume 5 org je, tp riadah ktorg ari ni mmg sonok... bnyk la jgk ktorg korek2 cite2 lme KTI dr otai kte kak azi n kak huda... maklum la, ktorg 3 ni junior lg dlm KTI nih... x tau bnyk sgt la kirenye...heheheee. smoga next time dpt gi sini lg ngn member2 KTI yg len plk... kte wat program kt cni...hehehe,

time kasih b'bnyk kpd sesape yg sudi bace celoteh2 sy kt cni... smoga Allah prtingktkn keimanan kte dr hari demi hari, insya Allah, aminnn~ jazakumullah...

nk tngk bnyk gmba lg, jmput tngk di album facebook sy, Girls Day-out MUSLIMAT K.T.I.

Saturday, January 8, 2011

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.



Monday, January 3, 2011

Back to sko00oLL ! ! !

Hari ni dah start skola balik. Tak sangka cepat betul cuti ni abes!! Tp tak pe la, sy tak leh didik hati dgn rase malas & tak semangat nak skola balik. Sy kene semangat utk PMR yg dah tak lame lagi.. Aja aja fighting !!

Mungkin rmai org kat luar sane yg kate, "ala, PMR tu kacang goreng jerr..." Ok la, sy hormati keputusan mereka yg kate PMR tu senang. Ye la, kte kan negara bebas, demokrasi. Rakyat berhak menyuarakan pendapat masing2...(eh, x pasal2 berpolitik sini plak...ngeh3) Mungkin bagi diorg PMR tu senang. Sbb diorg dah lalui. Mungkin sekarang ni diorg dah capai tahap yg lebih tinggi
& sbb tu la diorg anggap PMR tu senang kan? Kalau tanya bdk Universiti psal SPM pon msti diorg kate senang kan?? Ujian yg kte dapat tentu sesuai dgn kemampuan & level kte kn? Kalo suruh bdk tadika amek UPSR pon, of coz hampeh kan? Cam tu jugak la keadaan sy dgn mereka yg brkate2 cam tu kan? Tapi bagi saya, PMR tu tak kan same dgn kacang goreng ke, kacang rebus ke, kacang mentah ke... Kte wat ape yg kte patut wat ye... Sy wat PMR & anda wat ape yg anda wat. ok??


Ok, cukup la membebel...heheeh. Hari ni first day skola & tak lame lg PMR pon tibeeee.... Jadi, nak tak nak, sy msti focus & study smart n hard kalo nak dpt result gempak. Ade org kate jgn study hard, tapi study smart. Errrr.... cmne kalo kte ni jenis yg tak cepat pick up n masih tak master subjek form 1 n form 2?? Jawabnye kene la wat dua2 jugak... Mungkin lepas ni dah tak leh slalu2 update blog ni dgn post2 buatan tgn... Kalo copy n paste tu bleh laa....ngeee~

Kdg2 tu kte tibe2 je rase cam loose jerr. Cam tak de semangat... Ble rse cam tu, cube la ingat mak ayah, family n sume org2 yg kte syg. Tntu kte tak sanggup nak hampakn diorg kan? Ni motivasi utk diri sy sndri n sume pmbace2 post ni jugak. Keberkatan tu pun sememangnye sgt pnting. Mungkin kte tak nmpak bende ni sbb bnde ni bkn solid, so tak nmpak laa... Tapi ni la yg kte patut sedar, keberkatan la yg sgt pnting sbnrnye. Tnpa keberkatan dr ibu bapa, cikgu & yg paling penting, Allah... Redha Allah la yg sgt pnting. Jgn sesekali tnggalkn suruhanNya & jgn sesekali dekati laranganNya. Kalo Allah murka pd kte ilmu mmg susah nak masuk.


Untuk berjaye, kte perlukan DUIT. bkn duit betul, tp duit yg merupakan akronim iaitu Doa-Usaha-Ikhlas-Tawakkal. Ade sume ni, cukup la keperluan kte utk berjaye. Tapi, andai kte dah wat sume ni tapi tetap tak berjaye, jgn la berputus asa krn putus asa itu 1 dosa jugak. Sdgkn syaitan pun tak pernah berputus asa dlm meruntuhkan iman kte. Kalo kte dah ade DUIT tp tetap tak berjaye, tu mknenye Allah nak uji. Mungkin Allah nak bagi kte pahala brkat drpd kesabaran kte hadapi ujianNya. Mungkin jugak Allah nak sedarkan kte yg usaha kte masih belum cukup lg. Supaya kte improve diri... Redhalah pd takdir Allah krn org yg sbr mndpt jaminan syurga. Sape tak nak syurga kan??


Ok la, cukup la sy berceloteh d sini, insya Allah kalo ade rezeki bleh la berceloteh lg...huhu

Barakallahufiq~

Saturday, January 1, 2011

Bumi Cinta

Pada mulanya, saya tidak minat membaca novel, apalagi kalau novel itu setebal lebih 700 muka surat. Terasa terlalu tebal dan memenatkan. Saya mula berjinak-jinak membaca novel dengan membaca novel remaja sama seperti yang kebiasaannya remaja lain juga. Novel yang sekadar untuk mengisi masa dengan pembacaan. Seterusnya, saya memilih novel Ayat-ayat Cinta karya Habiburrahman El-Shirazy untuk dibaca kerana telah tertarik pada filemnya yang saya tonton di sekolah sangat menarik bagi pandangan saya. Semenjak itu, saya jadi seorang yang meminati novel-novel islamic dan buku-buku motivasi yang dapat menambah ilmu pengetahuan. Tapi kali ini,saya ingin bercerita tentang novel Bumi Cinta yang juga merupakan karya Habiburrahman El-Shirazy, seorang novelis No.1 Indonesia.


Firman Allah dalam QS. Al Anfal [8] : 45-47, yang berbunyi, “Hai orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka brteguh-hatilah agar kamu beruntung. Dan taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang yang keluar dari kampungnya dengan rasa angkuh dan dengan riak kepada manusia serta menghalang (orang) dari jalan Allah. Dan (ilmu) Allah meliputi apa yang mereka kerjakan.” (Novel Bumi Cinta m/s : 6)

Novel Bumi Cinta ini terhasil setelah penulis mentadabbur ayat di atas. Ayat yang sarat pengisian dan makna yang datangnya daripada Allah SWT. Subhanallah. Kisah menarik ini penulis titpkan melalui watak Muhammad Ayyas yang berkeperibadian tinggi.

Saya tidak ingin menceritakan tentang novel Bumi Cinta di sini. Tapi saya ingin menceritakan dan menghuraikan tentang karakter Muhammad Ayyas yang membuatkan saya berasa kagum. Dalam keadaan negara Russia yang penuh dugaan iman, dia tetap berusaha mmepertahankan keimanannya.

Ayyas seorang yang memiliki ilmu agama yang mantap dan tidak kurang juga ilmu duniawinya. Nak dijadikan cerita, Ayyas seorang lelaki yang cukup sempurna buat seorang wanita yang inginkan kebahagiaan rumahtangga dalam baitul muslim. Sesiapa saja yang dekat dengannya pasti akan menyenangi peribadinya. Bukan cuma itu, Ayyas juga mempunyai kekuatan ilmu mempertahankan diri yang hebat sehingga mampu melumpuhkan musuh di hadapannya bahkan juga musuh yang paling hebat iaitu hawa nafsu dan godaan syaitan. Dia seorang lelaki yang berani dan gagah walaupun hanya memiliki susuk tubuh yang kurus.

Kalau soal paras rupa, bukanlah ukuran utama untuk menilai seseorang sebenarnya. Cukuplah si dia sedap dipandang mata atau lebih tepat lagi penyejuk mata (qurratul 'ain) dan penawar di hati. Menurut pandangan seorang wanita Russia terhadap Ayyas, “Wajahnya biasa sahaja. Tidak hodoh, tetapi tidak juga tampan. Tetapi perempuan mana pun yang memandangnya nescaya akan jatuh hati kepadanya.” (Novel Bumi Cinta m/s : 369) Subhanallah. Sungguh hebat aura Muhammad Ayyas yang digambarkan. Sesungguhnya orang yang beriman itu terlihat dan terpancar cahaya keimanan melalui wajahnya.

Saat ditanya soal jodohnya pula, sangat mudah dan ringkas jawapannya namun bisa membuat hati seorang wanita bergetar dan terharu mendengarkannya. “Saya telah berjanji untuk hanya mencintai perempuan yang menjadi isteri saya. Siapa pun dia. Kalau ternyata yang menjadi isteri saya adalah gadis itu, maka dialah orang yang akan saya limpahkan segenap rasa cinta dan kasih sayang yang saya miliki.” (Novel Bumi Cinta m/s : 307-308)

“Saya berlindung kepada Allah dari zina. Semoga sampai akhir hayat Allah menjauhkan saya dari perbuatan berdosa itu. Saya ingin menjaga kesucian diri saya. Kalau pun saya melakukan hubungan dengan lawan jenis, saya ingin hubungan itu berlandaskan kesucian, iaitu bernikah. Dengan bernikah saya akan dapat memuliakan isteri saya. Saya akan setia padanya sampai ke akhir hayat. Saya akan menjaga kesuciannya. Saya berharap isteri saya juga melakukan hal yang sama. Pernikahan itu akan menjadi hubungan saling cinta mencintai dan kasih mengasihi yang ditaburi rahmat Allah. Dari percintaan harmonis dan indah itu saya ingin lahirkan zuriat keturunan yang juga bersih., dan terjaga kesuciannya. Maka saya akan berusaha bermati-matian menjaga kesucian saya, sebab saya ingin memiliki isteri yang juga terjaga kesuciannya.” (Novel Bumi Cinta m/s 306-307) Subhanallah. Alangkah beruntungnya wanita yang mendapatkan seorang suami yang berprinsip seperti ini.

Dalam sebuah riwayat maksudnya: “Sesiapa yang jatuh cinta, lalu memelihara kesucian dirinya dan bersabar hingga meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang syahid,”

“Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu boleh melakukan maksiat, sedangkan kamu tidak berupaya menahan walaupun hanya kepanasan matahari.” (petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali : al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah)

Ayyas juga memperkukuh iman di hatinya dengan taqarub billah (mendekatkan diri kepada Allah). Dia sentiasa berusaha untuk beribadah semaksimul mungkin sebagai perisai dirinya. Ayyas juga sering mangingati pesanan gurunya, Kiai Luqman Hakim, “Ingatlah nak, kecantikan wanita itu yang menjadi sebab para penuntut dan satria agung gagal dalam pertapaannya.”

Selain itu, Muhammad Ayyas juga berbudi bahasa dan tidak merasa berat untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya tak kira siapapun itu. Itulah faktor yang menjadikan dirinya disenangi dan akhirnya berhasil membawa hati-hati Moskow kepada Allah, pemilik segala cinta. Maha Suci Allah. Pujian hanya untukNya. Ayyas juga teringat pada kalimat Ibnu Athaillah tika menghadapi godaan berat, “Kalau kamu tahu bahawa syaitan tidak pernah melupakanmu dan terus berupaya membinasakan kamu, maka janganlah kamu lupa pada Allah yang nasibmu berada di tanganNya.” (Novel Bumi Cinta m/s : 491)

“Aku takut kepada Allah. Aku tidak mahu kenikmatan sesaat yang sementara menghancurkan kenikmatan abadi di syurga Allah nanti.” (Novel Bumi Cinta m/s : 655) begitulah bicara iman seorang pemuda warak yang rajin beribadah saat dia hampir terjerumus ke dalam perbuatan zina bersama seorang pelacur terkenal pada zaman dahulu. Akhirnya pemuda itu membatalkan niatnya apabila mendengarkan suara imannya lalu kembali bertaubat. Sebuah cerita yang diceritakan oleh Imam Hasan Sadulayev ketika memberi khutbah di Masjid Prospek Mira dalam novel ini membuktikan yang perlindungan Allah itulah yang mampu menyelamatkan kita walau dalam apa keadaan sekalipun. Sesungghunya rahmat Allah tidak pernah putus buat hambaNya. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.

“Apakah yang akan berlaku, jika seorang graduan lulusan agama, bernama Muhammad Ayyas, hidup di negara yang amat menjunjung tinggi seks bebas dan pornografi, iaiatu Russia? Adakah iman dan kehormatannya dipertaruhkan demi memenuhi hasrat duniawi gadis-gadis muda Moskow, yang kecantikan merka tiada taranya?” Inginkan jawapannya? Dapatkanlah novel Bumi Cinta yang akan melebur semua persoalan ini.

“Bagi orang yang beriman, di mana pun dia dapat rukuk dan sujud kepada Allah, maka dia telah menemukan bumi cintanya. Lantaran itu, sesungguhnya dunia ini adalah bumi cinta bagi para pencinta Allah Taala. Bumi cinta inilah yang akan menghantarkan mereka ke bumi cinta yang lebih kekal abadi dan lebih mulia iaitu syurga Allah.” (Novel Bumi Cinta m/s : 661)

Semoga lebih ramai lagi ikhwan yang mencontohi keperibadian Rasulullah SAW seperti Muhammad Ayyas dan saya juga percaya masih ada lagi! Andai watak-watak yang direka mempunyai personaliti dan karakter yang menakjubkan seperti itu, tentu saja penulis itu sendiri memilki sesuatu yang lebih mengkagumkan lagi. Subhanallah! Puji-pujian buat Allah, Tuhan pencipta sekalian alam yang memberi hidayah. Sesungguhnya hidayah itu adalah hadiah yang paling berharga dan tidak ternilai daripada Allah SWT.


“Min 'alarnatin nujhi fin ni-hayati ar rujuu ilallahi fil bidayati yang bermaksud, salah satu tanda kejayaan di akhir perjalanan adalah kembali kepada Allah di awal perjalanan." (Novel Bumi Cinta m/s : 383) Begitulah indahnya petua Ibnu Athaillah.



Spasiba balshoir. (terima kasih banyak dalam bahasa Moskow)
Jazakallahu khairon kathiro...

~selawat~