Wednesday, December 29, 2010

Hanya kerana BOLA ?!!

Assalamu'alaikum wbt...
Hari ni ana nak posting sikit pasal cerita tentang BOLA...

Pada 26 Dis lepas(kalau tak salah), 1 perlawanan bola AFF SUZUKI CUP telah berlansung antara Malaysia dan Indonesia. Ana sebenarnya taklah minat bola, tapi kebetulan hari tu semua orang kat rumah nak tengok bola, jadi ana pun tengok je la sekali. Ok la jugak tengok bola sebenarnya. Ok ana akui, best la jugak... Alhamdulillah Malaysia menang. Sebagai rakyat Malaysia, tentulah ana rasa bangga. Jadi sehari lepas tu, ana post sesuatu pada status facebook ana yg berbunyi,

smlm saje je tngk bola... m'sia lwn indonesia. ok la gak... m'sia mng !! smoga m'sia mng lg utk prlwnn yg kt jakarta nnti...huhu (sjk ble plk sy mnt bola nih??huhu)

Niat ana sebenarnya cuma saja2 nak buat status macam ni. Tapi tak sangkalah pulak yg ana akan dapat feedback yg tak agak tak menyenangkan. Ada beberapa orang yg tak berpuas hati pasal laser yg terkena pada penjaga gol indonesia. Maka, terjadilah perdebatan di wall saya...

Memanglah tak salah kalau minat bola, tapi yg salahnya bila terlebih fanatik atau boleh dikatakan obses. Janganlah sampai jadi pertengkaran dan permusuhan antara 2 negara serumpun yg dah terjalin baik. Lagipun, kita kan saudara sesama Islam dan terikat dengan ikatan kukuh dalam 1 aqidah yg sama. Janganlah hanya kerana bola kita sampai bermusuhan. Di sini ana tidak ingin membela sesiapa, cuma ingin menyedarkan semua bahawa semua pemuda pemudi Islam ini sangat diperlukan untuk membela agama Islam, bukan untuk bertelingkah hanya kerana perkara duniawi seperti BOLA.

Saudaraku semua, bukankah lebih baik jika kita habiskan tenaga kita untuk membela agama Islam dan Palestin. Umat Islam di Palestin yg menderita akibat kekejaman Israel lebih memerlukan kita untuk membela nasib mereka berbanding bola. Siapa lagi yg dapat membantu Palestin kalau bukan kita? Tepuk dada, tanya hati.

Siapa yg bersalah dalam hal laser tu, biarlah Allah saja yg menentukan dan membalasnya. Allah itu Maha Adil lagi bijaksana. Dia lebih mengetahui segalanya. Ilmu manusia hanya setitis dari ilmu Allah yg seluas lautan. Kadangkala, sesuatu yg dusta itu terlihat sahih seperti kebenaran, namun hakikatnya ianya hanyalah dusta semata atau mungkin saja fitnah. Jadi, jika kita tidak pasti, janganlah kita menuding jari sesuka hati pada mereka yg terlihat bersalah sedangkan kebenarannya masih belum terbukti. Hakim dunia ini belum tentu seadil hakim akhirat.

Hari ni ada lagi 1 perlawanan bola antara Malaysia dan Indonesia yg akan berlangsung di Jakarta. Jadi harapan ana supaya tidak akan terjadi apa2 pergaduhan antara 2 negara ni. Siapapun yg menang nanti, redhalah. Ini hanya perlawanan bola saja, jadi janganlah kerana perlawanan yg tak ada kaitan dengan kita, tercatat 1 dosa percuma untuk kita. Memanglah kebenaran perlu ditegakkan, tapi tegakkanlah dengan cara berhikmah. jazakumullah...





Saturday, December 25, 2010

Cintaku Milik-Mu

Hatiku yang merindu kekosongan
Mendamba suatu kepastian
Kebahagiaan dalam sinar cinta
Hakiki kekal selamanya

Ingin kuhapus seribu keraguan
Akan kuhias dengan air mata keinsafan
Menyubur cinta dengan keimanan
Agar berbunga rasa cinta padaMu

Aku damba
Damba cinta yang indah
Yang abadi hingga penghujungnya
Membawa kepadaMu

Hadirnya dia
Mengisi segenap kekosongan
Umpama cahaya
Nan hadir kala kegelapan

Tuhan
Kekalkan dia di sisiku
Agar dapat kuterus merasai keindahan
Yang Kau hadiahkan ke lubuk hatiku
Dalam menyusuri perjalananku sebagai dai'e
MengenaliMu pemilik cinta sejati

Tapi
Andai ternyata hatiku bukan miliknya
Titip ketenangan dalam hatiku
Untukku redha pada takdirMu
Hapuskanlah seluruh harapanku padanya
Kerana cintaku milikMu

Ya Rabbi,
Tumbuhkan yang patah
Gantikanlah yang telah hilang
Hanya Kau yang tahu segala isi hatiku
Bimbingi hatiku agar jiddiyah pada cintaMu

Ya Allah,
Ku yakin janjiMu pasti
Ikrar hatiku
Cintaku milik-Mu

nukilan : Bintu Firdaus