Sunday, August 14, 2011

IMAM MUDA HASSAN ; memang imam yg unggul

Assalamu'alaikum wbt... lama rasanya tak buat posting baru utk blog nih.. hari ni rasanya saya nak bercerita sikit tentang Imam Muda Hassan.. Rasanya sume pon kenal kan Imam Muda Hassan nih?? Yela, sape tak kenal juara imam muda musim 2.. Nak dijadikan cerita, kelmarin saya sesaje la search pasal IM Hassan, lepas tu, terjumpa pulak blog kawan die yg cite pasal kisah IM Hassan.. Jadi bila saya baca kisah dia, saya rasa yg dia memang sangat hebatt!! sangat mengkagumkan!!!! Jadi hari ni, niat di hati nak cite kisah ni utk tauladan semua.. Insya Allah....

Insan bernama Mohd Hassan Adli bin Hj.Yahaya @ Yahuza berasal dari Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak dan merupakan anak kelapan daripada 9 adik-beradik. Dilahirkan pada 17 Februari 1985, mula bersekolah di Sekolah Rendah Sungai Wangi kemudian ke Sekolah Menengah Agama Izzudin Shah di Ipoh, Perak. IM Hassan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (Al-Quran & Hadith) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Tamat pengajian di UIA Gombak beliau diterima kerja sepenuh masa sebagai seorang motivator and trainer di i.p.minda sdn.bhd. Sekarang, IM Hassan telah bekerja tetap sebagai pensyarah setelah menyambung pengajian sarjananya (master) di Universiti Malaya...

IM Hassan bersama ibunya ketika grade di UIA
Semasa IM Hassan masih lagi bergelar penuntut UIA, beliau merupakan salah seorang anggota kumpulan nasyid Suflife yang bernaung di bawah syarikat rakaman yang sama dengan kumpulan nasyid Brothers. Sempat keluarkan satu album sebelum Suflife dibubarkan atas sebab-sebab tertentu. Antara lagu kumpulan Suflife yg gemar IM Hassan nyanyikan adalah lagu Kau dan Aku. Lepas tu IM Hassan menjadi guru vokal nasyid di SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya. Kalau tak silap kumpulan nasyid tu pernah jadi juara peringkat daerah.


Ok, tadi cite pasal biografi, sekarang cite pasal peribadi die pulak.. Selain seorang yang tawadhuk, IM Hassan, memang seorang yang pemalu tetapi sopan. Cakap lemah lembut, tak menyakitkan hati orang, paling penting dia kalau boleh memang tak nak menghampakan kawan-kawannya. Pendek kata IM Hassan memang seorang yang sangat pentingkan ukhwah. IM Hassan juga seorang yang penyayang. Contohnya kita boleh lihat macam mana IM Hassan melayan budak-budak dalam minggu ke-2 Imam Muda, penuh tabah dan kasih sayang...cehh.. Selain sikap penyayang terhadap kanak-kanak, IM Hassan juga penyayang terhadap binatang. Suatu hari, IM Hassan menghantar seekor kucing yang sakit ke pusat veterinar. Dipendekkan cerita, kucing tu dibiarkan mati oleh doktor vet atas sebab kucing tu tak ada market value. Assistant doktor tu sendiri yang bagitau IM Hassan. Berair mata IM Hassan dibuatnya. Kalau dia tau awal-awal, mesti dia tak hantar dah kat pusat veterinar tu.

Memang tak perlu dinafikan lagi kenapa IM Hassan Adli berjaya menjadi Imam Muda Unggul bagi musim kedua ni. Pakej cukup lengkap dengan ilmu agama yang mantap walaupun tidak ditonjolkan secara luaran, sebab IM Hassan Adli seorang yang sangat humble dengan ilmu tinggi yang dimilikinya. Kalau mode relaks, dia suka senyum. Padanlah setiap kali program motivasi yg IM Hassan dan kawan2nya kendalikan dulu, ramai peserta minat kat IM Hassan. Dah la wajah jernih, pandai nyanyi pulak tu. Lagu yang selalu beliau bawak lagu Permaidani nyanyian suara Aris Ariwatan. Jangan tak percaya IM Hassan juga seorang guru vokal nasyid sebuah sekolah kluster di Petaling Jaya yang berjaya dipimpin hingga menjadi juara. Hebat tak hebat Imam Muda Unggul nih...


Kalau diimbau balik kisah hidup IM Hassan ni, memang cukup menyayat hati. Menurut cerita IM Hassan sendiri, dulu beliau berada dalam keadaan keluarga yg agak kesempitan. Ketika IM Hassan mengendalikan program motivasi dulu, bila sentuh bab anak derhaka terhadap mak ayah, IM Hassan mula sebak dan pernah beliau mencabar peserta program yang tidak inginkan ayahnya untuk berikan ayahnya kepada beliau. Mana taknya, IM Hassan telahpun kehilangan ayahnya ketika beliau masih darjah 1. Oleh sebab telah kehilangan ayah pada usia yg begitu muda, IM Hassan cukup sensitif bab2 anak derhaka yg tak menghargai orang tua.. Ibu IM Hassan pula hanya seorang penoreh getah. Kalau kita lihat IM Hassan menyampaikan tazkirah atau ceramah2 pun, kita dapat lihat macam mana beliau menghayati setiap ceramahnya sendiri. Sampai pernah beliau menitiskan air mata masa berceramah. Subhanallah... 

keluarga bahagia IM Hassan


IM Hassan mengimami solat

Selain segala ilmu2 dan sifat2 peribadi mulia IM Hassan ni, saya cukup kagum dengan sikap beliau yg gigih berusaha. Mungkin ramai yang belum lagi tau yang IM Hassan pernah kerja kat hotel dan pernah buka gerai wafer semasa beliau belajar di UIA dulu. Katanya bisnes wafer masa tu memang lumayan, hampir-hampir nak beli Proton Juara warna kuning untuk mengembangkan lagi bisnes wafer beliau tapi tak jadi atas sebab-sebab tertentu. 

IM Hassan juga merupakan seorang guru mengaji al-Quran secara part-time di Selayang. Selain gigih mencari rezeki, IM Hassan juga gigih menuntut ilmu dunia dan akhirat. Sekitar tahun 2009 pula IM Hassan mula belajar tarannum secara serius dengan seorang ustaz iaitu Ustaz Zul. Walaupun sibuk bekerja pada siang hari, namun semangat cintakan ilmu IM Hassan tak pernah luntur. Beliau tetap ingin belajar tarannum walaupun waktu kelas tarannum tu bermula pukul 10 malam hingga 3 pagi, IM Hassan tetap gigih dan komited dengan kelas tarannum tu. Hasilnya, beliau berjaya menjadi top 12 Akademi Al-Quran Musim ke-4 pada tahun lepas sebelum menyertai program Imam Muda.


IM Hassan dlm program AQ4

Saya pun baru tau sebenarnya pasal benda ni. Walaupun perjuangan beliau dalam Akademi Al-Quran terhenti pada peringkat awal, namun semangat belaiu tak pernah patah. Tahun ni pulak, IM Hassan telah mencuba nasib dalam program Imam Muda dan alhamdulillah, berkat usaha dan tekad beliau, sekarang beliau telah berjaya mengungguli gelaran juara. Daripada sini pun, kita dapat lihat yg IM Hassan memang seorang yg gigih berusaha juga cinta pada ilmu dan dakwah. Mungkin tak ramai orang yg muda yg berperibadi macam beliau yg kita dapat nampak sekarang. Tapi percayalah, sebenarnya masih ada lagi dan insya Allah masih banyak.. Contohnya imam2 muda yg lain, artis2 nasyid, dll... Jadi, kata2 orang yang lelaki baik zaman sekarang ni dah takde sama sekali tak betul. Biarlah kuantiti orang beriman tu sedikit, asalkan berkualiti. Kualiti lebih penting berbanding kuantiti kan?? Buat apa kalau ada ramai orang alim(berilmu agama), tapi berakhlak buruk dan tak mengamalkan ilmu yang dia ada kan?? Semoga kita tergolong dalam kalangan orang beriman yg berkualiti.. Ameeen...

IM Hassan dlm kelas di AQ4

Pengajaran daripada kisah IM Hassan ni ialah, selagi kita percaya pada Allah, meletakkan cinta sepenuhnya pada Allah, berpegang teguh pada pegangan akidah, gigih berusaha utk berjaya, dan tak pernah berputus asa serta sentiasa istiqamah menyebarkan syiar Islam, insya Allah, Allah akan beri ganjaran yg melimpah ruah di dunia dan akhirat. Kalau kita tengok hadiah juara Imam Muda pun, subhanallah... memang cukup hebat.. Juara menerima hadiah berupa biasiswa pakej platinum selama empat tahun di Universiti Al-Madinah, kereta, wang tunai RM30,000, pakej perabot, pakej haji dan umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi. MasyaAllah... Tapi semua tu tak penting sebenarnya, apa yg penting ilmu dan pengalaman yg lebih mahal dan berharga yg diperoleh oleh IM Hassan dan imam2 muda lain yg tak mudah kita dapat kat tempat lain..


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11




IM Hassan & IM Nazrul bersama 10 Imam2 Muda tg lain

IM Hassan dinobatkan sbg IMAM MUDA UNGGUL MUSIM KE-2
segala info2 utk posting kali ni sy peroleh daripada
- http://blog.amirez.com/hassan-adli-imam-muda-unggul-musim-ke-2/
- http://blog.amirez.com/la-tahzan-ya-akhi-hassan-adli/
- http://blog.amirez.com/imam-muda-musim-2-pensyarah-vs-guru-besar/

2 comments:

  1. suka sangat IM Hassan, humble and paling penting senyuman dia, Subhanallah!

    mmg dia sangat2 layak dinobatkan sebagai Imam Muda unggul 2011 ^_^

    ReplyDelete
  2. yup... IM Hassan mmg terbaekk!! mmg sgt lyk jd imam muda unggul... smoga beliau trus brjaye kt luar sane... aminnn~ ^^

    ReplyDelete