Thursday, April 8, 2010

~Jangan Tersalah Pilih~

Azizah adalah seorang wanita muslimah yg sangat taat akan perintah Allah. Azizah telah dipertemukan dengan seorang pemuda 'alim bernama Abbas. Abbas juga mempunyai sikap yg sama dengan Azizah. Mereka sememangnya sangat warak dan sentiasa patuh akan perintah Allah. Azizah telah menyuarakan hasratnya untuk bernikah dengan Abbas. Namun, Azizah tidak mendapat restu daripada orang tuanya. Menurut mereka, Abbas tidak mempunyai pekerjaan dan tidak mungkin dapat menyara hidup Azizah dan keluarganya.

Setiap malam, Azizah akan menunaikan solat sunat dan dia akan memohon kepada Allah agar perhubungannya dengan Abbas akan mendapat restu daripada kedua-dua ibu bapanya. Begitu juga dengan Abbas, dia juga turut melakukan perkara yg sama dengan Azizah.

Akan tetapi, ibu bapa Azizah telah menerima lamaran seorang saudagar tua yg kaya tanpa persetujuan Azizah. Justeru itu, Azizah sekali lagi berdoa dan menunaikan solat sunat supaya dia tidak dinikahkan dengan saudagar tua itu dan dia masih ingin bersama Abbas.

Sekali lagi, doa Azizah masih belum termakbul. Azizah terpaksa bernikah dengan saudagar tua pilihan orang tuanya. Ternyata, Abdullah yg dijodohkan dengan Azizah itu bukanlah seorang lelaki tua sepertimana yg diceritakan kepada Azizah, Abdullah sebenarnya seusia dengan Abbas dan dia sesungguhnya tua dengan pengalaman. Abdullah juga seorang suami yg penyayang dan bertanggungjawab.

Sejurus selepas itu, Azizah mendapat berita tentang sikap sebenar Abbas. Abbas adalah seorang pencuri yg sering mencuri harta saudagar-saudagar kaya. Kini barulah Azizah tahu bahawa Abbas sebenarnya tidak pernah mencari kerja tetapi hanya menghabiskan wang miliknya dengan berjudi dan berpoya-poya pada siang hari manakala malam pula,dia akan mencuri harta saudagar-saudagar kaya, bukannya menunaikan solat sunat dan berdoa sepertimana yg dikhabarkannya pada Azizah.

Bertahun kemudian, Azizah telah kehilangan kedua-dua ibu bapanya. Begitu jua dengan suaminya yg tercinta. Kini Azizah hanya mempunyai cahaya matanya di sisi. Perniagaan keluarganya juga bertambah maju yg kini diuruskan oleh anak sulungnya.
Selain itu, keadaan kesihatan Azizah juga semakin memburuk. Tiada seorang tabib pun yg dapat mengubati penyakit Azizah. Azizah semakin khuatir ajal kan menjemputnya pula. Dia masih ingin hidup lebih lama. Azizah seperti biasa memohon kepada Allah agar nyawanya tidak diambil pada saat ini. Kali ini Azizah benar-benar mengharap doanya akan termakbul. Sebelum ini, doa Azizah belum pernah diterims.

Suatu hari, seorang wanita tua datang ke rumah Azizah. Melihatkan wanita tua itu, Azizah berdoa dan berharap agar umurnya sepanjang wanita tua itu. Azizah meminta pembantunya menyediakan makanan dan minuman untuk wanita tua itu. Wanita tua itu kelihatan sungguh teruja dengan layanan Azizah. Kemudian, wanita tua itu mengambil minuman yg tersedia untuknya dalam keadaan tangannya yg menggigil. Minuman yg diambilnya itu tidak terhirup melalui mulutnya tetapi terkena pada matanya. Dia kelihatan tidak berdaya untuk meminum air itu. Tiba-tiba, Azizah terfikir akan susahnya jika dia masih hidup seusia wanita tua itu. Azizah lantaran itu membatalkan hasrat dalam doanya untuk hidup lebih lama.

Kemudian, wanita tua itu berkat pada Azizah, "sebenarnya aku adalah malaikat izrail yg dikirim untuk membawamu pergi pergi menghadapnya." Lantaran itu, pergilah Azizah dalam keadaan tenang...


~pengajaran daripada kisah Azizah ini adalah tidak semestinya Allah tidak sayang pada kita walaupu ndoa kita tidak termakbul. Mungkin Allah telah merencanakan sesuatu yg lebih baik untuk kita. Jadi, bersyukurlah dengan nikmat Allah kerana Dia lebih mengetahui yg terbaik.~

1 comment:

  1. dipetik drpd bku motivasi yg brtjk "Perjuangan tanpa Keikhlasan"... dtls oleh dr. ape...(x ingt la)bace bku ni kt library skola... mule2 amik sbb nk cover buat2 bce bku dpn ckgu...hehe...
    mule2 x mnt sbb cover die krg mnarik... tp ble dh bace,terbaek... bnyk lg kisah2 lain yg mnarik jgk... sy tls ni brdsrkn ape yg sy ingt je... x smpt nk pnjm bku ni... xbwk kad utk pnjm... hehe... "don't judge the book by it's cover..."

    ReplyDelete