Tuesday, September 28, 2010

Bidadari (dipetik daripada novel Tautan Hati m/s 568-569)

'Sajak Asiah Yusra ketika Halaqah' (m/s 568-569)
Novel Tautan Hati karya Fatimah Syarha Mohd. Noordin



BIDADARI

Aku juga perempuan,
Punyai impian,
Anggun dibalut perhiasan,
Hidup bergemerlapan,
Bak artis pujaan.

Kuingin bermadah puisi,
Bersyair dan menyanyi,
Lincah menari,
Menghibur dan menyeri.

Namun,
Aku bukan perempuan,
Gopoh mengejar kemahsyuran,
Di tempat persinggahan,
Tiada berkekalan.

Kuingin kemuliaan abadi,
Kemahsyuran hakiki,
Bukan yang tiada erti,
Bukan yang dimurkai Ilahi,
Bukan di dunia ini,
Tapi di Taman Syurgawi,
Inginku kekal sebagai bidadari.

Monday, September 27, 2010

Nasyid oleh Ae Man : Anak Soleh

Anak Soleh by Aeman

Album : Permata Ayah Bonda
Munsyid : Aeman
Lagu/Lirik: Putra Aiman
http://liriknasyid.com



Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wednesday, September 15, 2010

'Surat buat Adikku' dipetik daripada novel Tautan Hati m/s 325 dan 326

TERISTIMEWA BUAT ADIKKU
(Adaptasi daripada warkah seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Taman Islam, Dr. Asrar, umi Asiah Yusra)
~daripada novel Tautan Hati karya Fatimah Syarha~






Adikku,
Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?

Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia terfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Adikku,
Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri. Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,

'Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita.' Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya leleki ke neraka?

Ingatlah duhai adikku sayang,
Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatuyang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.

Indahnya hidup ini andai melayari dengan bernaung keredhaan Allah, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam.
'Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik...'

Ya Allah, jadikan kami bidadari syurga...

~karya seorang novelis berbakat besar... Fatimah Syarha Mohd. Noordin